Search:

Portokalli Komedi Top Fest 5 Ethet 4 Kenga Magjike Marketing Advertisement Forex Trading Pamela Anderson Angelina Jolie Music Videos Britney Spears Shakira Beyonce Fuuny Videos Humor funny football funny people funny animal funny cartoons funny songs

Rakyat bantah kenaikan harga minyak.

Best of music video
Best of music video Best of music video
Best of music video

Oleh : Zul Salehin Zulkupli KUALA LUMPUR : Kira-kira 2000 rakyat berhimpun dan berarak dari Masjid Kampung Baru hingga ke Ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut untuk menunjukkan bantahan kenaikan harga minyak. Selepas selesai solat jumaat di masjid tersebut, pada jam 2 petang, perhimpunan yang dipimpin oleh Salehudin Ayub, Ahli Parlimen Kubang Krian merangkap Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat telah berhimpun secara aman di hadapan masjid. Turut serta bersama beliau ialah timbalannya Nasarudin Tantawi, Dr Dzulkifkli Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Syed Azman Syed Nawawi yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat. Pemimpin KeADILan yang turut hadir ialah Shamsul Iskandar Muhd Akin, Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Malaysia, dan Khairul Anuar, Ketua AMK Selangor. Rakyat yang berhimpun di perkarangan masjid melaungkan slogan-slogan 'turun harga minyak' dan 'hidup, hidup rakyat' berkali-kali dengan penuh semangat. Pada jam 2.15 petang, kira-kira 1000 rakyat bergerak menuju ke arah Jalan Raja Alang memandangkan pihak polis telah menyekat Jalan Raja Abdullah. Mereka terus berarak dengan laungan slogan-slogan dan dipimpin oleh Salehudin Ayob. Perancangan awal untuk berarak ke KLCC tidak berjaya kerana sekatan jalan dan perarakan tersebut menghala ke Jalan Chow Kit dan terus ke Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk ke hadapan Kompleks Sogo. Setelah tiba di hadapan Kompleks Sogo, Salehuddin Ayub mengarahkan kesemua yang menyertai perhimpunan aman ini untuk duduk di tengah-tengah jalan dan ini menyebabkan kesesakan lalu lintas di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Dang Wangi kerana hampir 2000 rakyat telah membanjiri jalanraya. Salehuddin Ayub menyampaikan ucapannya dengan menjelaskan bahawa perhimpunan sedemikian, yang lebih besar akan diadakan pada 5 Julai ini. "Rakyat hidup dalam keadaan tertekan manakala pemimpin BN hidup dengan kaya-raya,"jelasnya lagi. Setelah beliau selesai memberi ucapan, Ketua AMK Malaysia Shamsul Iskandar juga berkata, "Ini merupakan peringkat pertama perhimpunan dan ianya akan diteruskan ke seluruh negara. Perhimpunan kemudian diarahkan oleh para pemimpin untuk meneruskan perarakan ke Ibu Pejabat Pas Pusat di Jalan Raja Laut dan bersurai di situ. Dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Pas selepas perhimpunan itu bersurai, Salehudin Ayub memberitahu media bahawa pada 15 Jun ini, perhimpunan yang sama akam diadakan di Stadium Bandaraya Pulau Pinang."Perhimpunan aman ini akan disertai oleh semua pemimpin Pakatan Rakyat dan akan diketuai oleh Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim,"katanya dalam sidang media. Perhimpunan di Pulau Pinang ini akan bermula pada jam 8.30 malam. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana tidak menganggu perhimpunan pada kali ini.

Author: keadilantv
Length: 07:43
Views: 10518
Tags: AMK  Himpunan  KeADILan  Kuasa  PAS  Petronas  Protest  Rakyat  

Video Url:


Embed Code:

Latest Music Videos - Search All New Music Videos © 2008